MIZZATY HOMESPA
“ Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda ”
Full treatment untuk rawatan badan dan wajah
Insta : mizzaty_homespa Facebook : mizzaty homespa Tiktok : mizzatty
Whatsapp : 016-436 6857
“You are now entering a stress free zone”
….…………………………………………………………….………………………
“Be good to your skin. You’ll wear it everyday for the rest of your life.”
Mizzaty HomeSpa memberi kemudahan kepada pelanggan yang tiada masa untuk ke spa, tidak boleh tinggalkan anak, tidak mempunyai kenderaan dan sebagainya.
Dengan berkonsepkan spa di bawa ke rumah anda, Mizzaty HomeSpa menyediakan rawatan seperti di spa. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang dan "plugged" untuk di gunakan oleh Juterapi Kecantikan.
Ianya amat menjimatkan masa tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari parking, bayar tol dan sebagainya. Dah ada yang memudahkan, kenapa pilih yang susah.
Rawatan Muka : Deep Cleansing Full Treatment
Step 1 : Deep Cleansing Ultra Triple Action
Membersihkan pori dengan menggunakan Helmish All Clean Balm.
Membersihkan kulit lebih mendalam dengan Hot Cool Ultrasonic Facial Theraphy
Step 2 : Facial Massage
Melancarkan perjalanan darah dan melegakan ketegangan otot dengan urutan yang lembut.
Step 3 : PH Balancing Facial Wash
Membersihkan kulit dengan pembersih PH5.5 tanpa membuatkan kulit menjadi kering, menenangkan kulit sensitif atau berjerawat.
Step 4 : Facial Steaming
Wap akan diletakkan di muka untuk membuka liang pori bagi memudahkan whitehead dan blackhead disedut keluar.
Step 5 : Deep Pore Blackhead & Whitehead Vacuum Remover
Menggunakan mein sedut yang membersihkan whitehead, blackhead, sel-sel kulit mati dan kekotoran hingga ke liang pori.
Step 6 : Exfoliating Organic Scrub
Bijian halus pada skrub membantu menyingkir sel kulit mati, memudarkan parut, mengelakkan pori-pori daripada tersumbat dan memudahkan penyerapan serum/produk pada wajah.
Step 7 : Theraphy Repair Concentration Ampoule
Membersihkan pori dengan menggunakan Helmish All Clean Balm.
Membersihkan kulit lebih mendalam dengan Hot Cool Ultrasonic Facial Theraphy
Step 8 : Galvanic Hot Pack Theraphy Massage
Urutan wajah dengan menggunakan mesin Galvanic Hot Pack Therapy membantu penyerapan essence/serum dengan lebih mendalam, menegangkan kulit wajah, detox dan melancarkan perjalanan darah.
Step 9 : Vitamin Masker / Essence Mask
Gel Masker / Essence Mask menyegarkan semula kulit muka, mengurangkan kulit kusam dan tidak bermaya menghasilkan kulit yang benar-benar bersih dan pori-pori yang lebih ketat, menghidratkan kulit secara mendalam dan mencerahkan kulit wajah.
Step 10 : Theraphy Ultra Calming Cream
Krim Theraphy Ultra Calming yang membantu melembapkan dan menenangkan kulit wajah. Melindungi kulit dari rangsangan haba luaran seperti cahaya dan sinar UV.
Anda boleh pilih Ala-carte atau pakej rawatan muka berserta mandian. Rawatan muka di atas adalah 10 steps treatment untuk setiap pakej dan ala-carte. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot
….………………………………………………………………………………………
Mandi Bunga
“Relax. Renew. Refresh.”
Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, khasiat bunga yang diserap ke dalam badan membantu pengamalnya mendapat kebaikan positif dari mandian tersebut. Dari segi saintifiknya bunga adalah penyerap tenaga matahari yang baik. Hasil dari tekanan zarah-zarah air, butiran debunga halus akan kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air. Deria luaran badan akan diaktifkan melalui gerakan ini lalu merangsang sistem hormon badan dan akhirnya menggerakkan organ dalaman untuk bekerja dengan lebih baik.
Mandi bunga mempunyai kebaikan tersediri yang membantu menaikkan seri, membangkitkan aura dalaman seseorang dan menyegarkan badan. Jika di tambah dengan bath salt dan susu mandian ia turut mencantikkan kulit dan juga baik untuk detoks.
Mizzaty HomeSpa menyediakan mandian dari bunga segar, limau nipis, limau purut, bath salt, water soluble aromatherapy essential oil for skin dan susu mandian. Bilas dengan sapuan susu beras dan minyak zaitun. Akhiri mandian dengan body butter atau losyen pelembut kulit.
Kebaikan mandi bunga :
Menaikkan seri wajah
Meredakan stress atau tekanan
Atasi wajah dan tubuh lesu
Menyegarkan tubuh badan
Melembap dan melembutkan kulit
Mewangikan badan
Membuang toxin
Anda boleh pilih Ala-carte atau pakej rawatan. Mandi bunga di atas adalah rawatan untuk setiap pakej dan ala-carte. Kami akan menyediakan bathtub untuk anda di rumah. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot.
….………………………………………………………………………………………
Skrub Badan dan Lulur Wangi
“Beautiful skin requires commitment, not a miracle.”
Tahukah anda, skrub badan yang baik pada kulit adalah yang dapat membantu mengekalkan kulit yang lembap, sihat, bersih, lembut dan segar. Skrub badan mempunyai 3 fungsi dalam satu iaitu pembersihan, pengelupasan serta urutan dan ianya tidak dapat dilakukan dengan hanya menggunakan sabun yang biasa.
Dengan meggunakan skrub badan, sel-sel kulit mati akan dapat ditanggalkan, dengan itu ianya dapat mengurangkan kesan gelap terutama di celah pelipat, ketiak, lutut dan leher.
Lulur dan skrub mempunyai tujuan yang sama iaitu membersihkan badan secara mendalam. Bahan-bahan yang terdapat dalam penghasilan lulur wangi adalah daripada bahan semulajdi seperti beras, kunyit dan kulit rambai.
Lulur wangi berbau rempah ratus yang harum dan ianya membantu membuang daki-daki yang melekat pada kulit dan pada masa yang sama kulit-kulit mati akan turut tertanggal. Kulit akan menjadi lebih lembap, lembut, halus dan jika kerap melulur badan ianya akan nampak silky seperti sutera.
Jika membuat rawatan gabungan skrub badan dan lulur wangi pada kulit, anda akan mendapat kebaikan berganda. Di bawah ini adalah kelebihan pada kulit untuk lulur wangi dan skrub :
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menghindarkan bau badan, peluh berbau dan mewangikan badan.
Menjadikan kulit lembut, lembap dan lebih bersih.
Mencerahkan kulit yang kusam
Menanggalkan daki hitam di leher dan celah pelipat badan.
Membantu memudarkan parut
Mengurangkan jerawat di badan
Mengurangkan tekanan dan keletihan
Badan akan terasa lebih ringan
Anda boleh pilih Ala-carte atau pakej rawatan. Skrub badan dan lulur wangi di atas adalah rawatan untuk setiap pakej dan ala-carte. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Whatsapp: 016-4366857untuk booking slot.
….………………………………………………………………………………………
Pakej ME-TIME
Tubuh badan memerlukan rehat yang secukupnya, jika tidak badan akan menjadi letih dan lesu sentiasa. Penjagaan diri atau ‘ME-TIME’ sangat penting kerana kalau kita tidak sayangkan diri sendiri, siapa lagi ya? Stres, beban, kebimbangan, keletihan, konflik, tidak bermaya boleh diatasi atau dikurangkan dengan meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri iaitu ’ME-TIME’, kita akan dapat berfikir dengan lebih tenang dan dapat menghilangkan tekanan walaupun untuk sementara. Insyaallah kita akan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan.
”If you don’t love yourself, who else will.”
Setiap orang memerlukan Me-Time, jadi kita boleh re-charge balik bateri kita. Sekurang-kurangnya 1 bulan sekali, Pakej ME-TIME Mizzaty HomeSpa betul-betul membersihkan badan hingga rasa ringan sangat. Rawatan Deep Cleansing wajah dalam pakej ME-TIME adalah full treatment dan sesuai untuk semua jenis kulit. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa sekarang. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Harga kasih sayang sempena pembukaan Mizzaty HomeSpa hanya RM179* sahaja . Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot.
*Harga tidak termasuk transportation charges.
….………………………………………………………………………………………
Pakej SELF-LUV
“Be there for others, but never leave yourself behind.” – Dodinsky
Bahagiakan orang lain maka kita akan rasa bahagia, pernah dengar ungkapan ini? Kita selalu membahagiakan serta mengutamakan orang lain, memang penting untuk mengambil berat terhadap mereka, tapi itu tidak bermakna kita harus melupakan diri sendiri atau meletakkan diri yang terakhir. Jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik, kesan-kesannya terhadap fizikal dan mental adalah selalu lupa dan susah fokus, insomnia atau masalah sukar tidur, sakit kepala, emosi tidak stabil, gangguan pada sistem penghadaman dan sakit jantung.
Oleh itu hargai dirimu kerana ketika kita menghargai diri dan mencintai diri sendiri maka kita mampu memberikan penghargaan dan kasih sayang pada orang lain.
Pakej SELF-LUV Mizzaty HomeSpa betul-betul membersihkan badan hingga rasa ringan sangat, lebih-lebih lagi dengan rawatan badan berganda skrub badan dan lulur wangi. Rawatan Deep Cleansing wajah dalam pakej SELF-LUV adalah full treatment dan sesuai untuk semua jenis kulit. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa sekarang. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Harga kasih sayang sempena pembukaan Mizzaty HomeSpa hanya RM239* sahaja . Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot.
*Harga tidak termasuk transportation charges.
….………………………………………………………………………………………
Pakej Feelin Good
“Happiness is when you feel good about yourself without feeling the need for anyone else’s approval.”
Tak susah kalau nak buat hati merasa senang, tambah-tambah lagi kalau semua masalah yang membebankan berjaya di selesaikan. Tapi kalau tak selesai lagi pun, apa salahnya untuk kita merasa senang hati dengan cara kita. Masalah tetap ada tapi bagaimana cara kita hendak hadapinya itu terpulang pada diri sendiri.
Pakej Feeling Good dari Mizzaty HomeSpa membuat badan yang penat jadi sedap, rasa ringan dan bersih sangat. Terasa seperti di awang-awangan. Masakan tidak, semua celah pelipat kita akan sental sampai habis keluar semua kotoran yang sudah laa melekat. Kadang-kadang semasa mandi bukannya tidak bersabun atau sental, tapi terlepas pandang atau kita nak cepat.
Pakej FEELIN-GOOD Mizzaty HomeSpa membersihkan seluruh badan hingga ke celah-celah pelipat. Tubuh dan kulit badan badan akan rasa lebih segar, bersih, ringan, lembut, halus dan lembap. Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa sekarang. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Harga kasih sayang sempena pembukaan Mizzaty HomeSpa hanya RM129* sahaja . Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot.
*Harga tidak termasuk transportation charges.
….………………………………………………………………………………………
Pakej Queen-B
“Let me adjust my crown and get my day started…”
Persiapan diri seluruh badan bagi bakal pengantin seperti rawatan badan dan muka untuk mendapatkan kulit yang sihat, bersih, lembut dan cantik sebelum menempuhi alam perkahwinan. Rawatan ini bukan hanya untuk kecantikan diri tetapi juga untuk merehatkan badan, minda, menaikkan seri wajah dan meningkatkan keyakinan diri.
Kami menyediakan pakej lengkap yang menyeluruh bagi persediaan menjadi ratu sehari. Pakej QUEEN-B bukan hanya sesuai untuk bakal-bakal pengantin tetapi sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk memanjakan diri bak permaisuri.
Dapatkan rawatan dengan Mizzaty Homespa sekarang. Kami bawakan kenikmatan spa di rumah anda. Harga kasih sayang sempena pembukaan Mizzaty HomeSpa hanya RM239* sahaja . Whatsapp: 016-4366857 untuk booking slot.
*Harga tidak termasuk transportation charges.




















